Followers

Tuesday 29 April 2014

RESEPI KEK PERKAHWINAN...




BAHAN:
1 lelaki sihat,
1 perempuan sihat,
1 ikat perkahwinan
100% komitmen,
2 pasang restu orang tua,
1 botol kasih sayang murni.

PERISA:
1 buku besar humor,
25 gram rekreasi,
1 bungkus doa,
2 sudu teh telefon,
5 kali ibadah/hari

Semuanya diadunkan hingga sama rata dan mengembang.

TIP:
-Pilih lelaki dan wanita yang benar-benar telah matang dan seimbang.
-Jangan yang satu terlalu tua dan yang lainnya terlalu muda kerana akan menganggu kelazatan (sebaik-baiknyadibeli di pusat membeli belah yang bernama TEMPAT BERIBADAH ,walaupun agak mahal tapi mutunya sangat baik dan terjamin.)
-Jangan beli di pasar yang bernama DISKO atau PARTI LIAR kerana walaupun modelnya bagus dan harum baunya tetapi kadangkala menipu pelanggan atau menggunakan zat pewarna yangdapat merosakkan kesihatan.
-Gunakan kasih saynag cap 'DAKWAH' yang telah mendapatkan penghargaan ISO dari kementerian kesihatan dan kerohanian.

CARA MASAK:
-Lelaki dan wanita dicuci bersih dengan seikat perkahwinan ,buang semua masa lalunya sehingga tersisa niat yang murni.
-Siapkan loyang yang telah disapu dengan komitmen dan restu orang tua dengan rata.
-Masukkan niat yang murni ke dalam loyang dan panggang dengan api yang rata ekitar 30 minit di depan penghulu.
-Biarkan di dalam loyang tadi dan sirami nya dengan perisanya.
-Kek perkahwinan sedia untuk dinikmati.

CATATAN:
Kek ini dapat dinikmati oleh pembuatnya seumur hidup dan yang paling enak dinikmati dalam keadaan yag hangat.Tapi kalau sudah agak dingin,tambahkan lagi humor segar secukupnya,rekreasi sesuai selera,serta beberapa potong doa kemudian dihangatkan lagi dalam ketuhar yang berjenama 'TEMPAT BERIBADAT'
Setelah mulai hangat ,jagan lupa bertelefon bila berjauhan.
Selamat mencuba,dijamin semuanya halal.

No comments:

Post a Comment