Followers

Tuesday 29 April 2014

Kisah Hikmah 2...(Gurauan Rasulullah)



Anas bin Malik r.a berkata:

"Suatu hari,alkisah terdapat seorang lelaki kampung(Badwi) yang bernama Zahir, memberikan hadiah dari kampugnya kepada Rasulullah s.a.w.Rasulullah s.a.w. pun membungkuskannya ketika hendak pulang .Baginda berkata kepada sahabat yang lain ; Zahir ialah seorang Badwi yang merupakan sebahagian daripada kita, dan kita pula adalah orang kota yang akan selalu menyayanginya;Rasulullah s.a.w. sendiri sangat menyayangi Zahir ,walaupun Zahir tidak memiliki wajah yang kacak dan tampan .

Suatu ketika,Rasulullah s.a.w. menghampiri Zahir yang sedang menjual barang dagangannya. Baginda terus mendakap Zahir dari belakang.Zahir yang tidak dapat melihat siapa gerangan yang mendakapnya pun berkata.
"Siapakah ini? lepaskan aku!".

Setelah itu ,Zahir pun menoleh dan mengetaui orang yang mendakapnya itu adalah Rasulullah saw.Dengan itu,Zahir terus membiarkannya agar dia dapat terus didakap oleh insan agung yang terpilih,Rasulullah saw.Kemudian secara bergurau,Rasulullah saw berkata,' Siapakan yang hendak membeli budak ini?

(Riwayat al Tarmizi dan Ahmad)

Subhanallah...Bertapa beruntungnya Zahir...

RESEPI KEK PERKAHWINAN...




BAHAN:
1 lelaki sihat,
1 perempuan sihat,
1 ikat perkahwinan
100% komitmen,
2 pasang restu orang tua,
1 botol kasih sayang murni.

PERISA:
1 buku besar humor,
25 gram rekreasi,
1 bungkus doa,
2 sudu teh telefon,
5 kali ibadah/hari

Semuanya diadunkan hingga sama rata dan mengembang.

TIP:
-Pilih lelaki dan wanita yang benar-benar telah matang dan seimbang.
-Jangan yang satu terlalu tua dan yang lainnya terlalu muda kerana akan menganggu kelazatan (sebaik-baiknyadibeli di pusat membeli belah yang bernama TEMPAT BERIBADAH ,walaupun agak mahal tapi mutunya sangat baik dan terjamin.)
-Jangan beli di pasar yang bernama DISKO atau PARTI LIAR kerana walaupun modelnya bagus dan harum baunya tetapi kadangkala menipu pelanggan atau menggunakan zat pewarna yangdapat merosakkan kesihatan.
-Gunakan kasih saynag cap 'DAKWAH' yang telah mendapatkan penghargaan ISO dari kementerian kesihatan dan kerohanian.

CARA MASAK:
-Lelaki dan wanita dicuci bersih dengan seikat perkahwinan ,buang semua masa lalunya sehingga tersisa niat yang murni.
-Siapkan loyang yang telah disapu dengan komitmen dan restu orang tua dengan rata.
-Masukkan niat yang murni ke dalam loyang dan panggang dengan api yang rata ekitar 30 minit di depan penghulu.
-Biarkan di dalam loyang tadi dan sirami nya dengan perisanya.
-Kek perkahwinan sedia untuk dinikmati.

CATATAN:
Kek ini dapat dinikmati oleh pembuatnya seumur hidup dan yang paling enak dinikmati dalam keadaan yag hangat.Tapi kalau sudah agak dingin,tambahkan lagi humor segar secukupnya,rekreasi sesuai selera,serta beberapa potong doa kemudian dihangatkan lagi dalam ketuhar yang berjenama 'TEMPAT BERIBADAT'
Setelah mulai hangat ,jagan lupa bertelefon bila berjauhan.
Selamat mencuba,dijamin semuanya halal.

Kisah Cinta Antarah Dan Ablah...


"Cinta yang terpuji ialah cinta yang mendatangkan kepada pemilik cinta itu hal-hal yang memberinya manfaat di dunia mahupun di akhirat.Maka cinta yang seperti itu merupakan muara sebuah kebahagiaan.
Adapun cinta yang tercela adalah cinta yang mendatangkan kepada pemiliknya hal-hal yang membawa kepada kerugian dunia dan akhirat.Dan cinta semacam ini adalah sumber penderitaan dan duka lara."
(Imam Ibnu Qayyim)

Alkisah terdapat sebuah cerita menarik yang boleh dijadikan pengajaran dalam kehidupan bercinta iaitu kisah cinta Antarah dan Ablah,seorang penyair dan pujangga Arab zaman Jahiliah.Rasa cinta telah menjadikan Antarah kuat dan perkasa melebihi lelaki lain pada zaman itu.Diantara hal besar yang pernah dilakukannya ialah keberaniaannya di medan perang yang sangat dasyat,mempertaruhkan jiwa dan raganya sehingga akhir dia berjaya menawan musuh.

Dia banyak berperanan dalam menjaga dan melestarikan budaya dan tradisi kaumnya.Antarah juga adalah seorang pujangga yang mahir dalam melantunkan puisi-puisi yang bertemakan peperangan dan kepahlawanan.Disisi yang lain ,dia merupakan pujangga cinta yang termasyur.

Antarah sangat mencintai Ablah.Dia telah berjuang dan berperang di jalan cintanya.Cintanya kepada sang kekasih adalah cinta yang suci murni,mencerminkan jiwanya yang tulus dan sungguh-sungguh ,di dalamnya bersemayam pula cita-cita dan harapan .Dia sering melukiskan perasaan cinta didalam jiwanya dan diungkapkan melalui perasaan dan emosinya,sehingga seluruh untaian kata-katanya terisi harapan ,mimpi dan angan-angan.

Cinta Antarah kepada Ablah mempermainkan hatinya.Cintanya telah menembus dinding-dinding hatinya .Antarah adalah seorang pujangga dengan bait-bait puisi yang halus nan lembut.Bisikan lembut suara cintanya kepada Ablah sentiasa mengiringi langkahnya. Cinta antara mereka menjadi pendorong sekali gus pembakar semangat keberanian. Antarah sentiasa teringat akan kekasih pujaan hatinya itu,walaupun di tengah-tengah kecamuknya perang.Semuanya teruntai dalam puisinya.

"Aku teringat dirimu sementara tombak-tombak laksana unta-unta laparyang hendak menjadikan au mangsa dan pedang-pedang terhunus untuk mengalirkan darahku dengan suka cita.
Dengan suka cita akan kuhadapi pedang-pedang itu kerana ia berkilau laksana gigi-gigi manis mu di saat engkau tersenyum."

Antarah bersyair dan berdendang tentang Ablah sepanjang hidupnya sehingga akhir hayatnya. Sebuah syair kerinduan sang pengharap cinta.Kisah cinta Antarah dan Ablah ini merupakan antara kisah cinta yang termasyur dalam dunia para pengharap cinta dan pahlawan ketika zaman jahiliah sebagaimana disebutkan dalam kitab Fursan Minat Tarikh.(Para Pahlawan Dalam Sejarah) karya Ahmad hailil Jum'ah.

Ketika cinta menyapamu,jangan silau dengan indahnya dia,tetapi lihatlah apakah cinta itu akan membuatkan mu semakin dekat kepada Allah atau tidak.

Rujukan Inspirasi Cinta Terhebat.

Kisah cinta Antarah membuatkan aku terfikir apa yang telah terjadi pada cinta aku dan remaja zaman sekarang.Cinta kita cukup berbeza dengan cinta mereka pada zaman Jahiliah Renung-renungkan .Adakah mereka yang berada di zaman Jahiliah atau kita yang sedang berada di zaman Jahiliah.

Fikir-Fikirkan Dan Selamat Beramal...