- Taubat... Keazaman untuk meninggalkan segala kesalahan dan dosa-dosa besar,melalui jalan ilmu,penyelesaian dan niat untuk tidak mengulanginya.
- Takut Akan Allah S.W.T... Perasaan takut terhadap Allah akan membuatkan seseorang itu melipatgandakan amalan soleh dan meninggalkan larangan-NYA.
- Mahabbah... Mengasihi Allah dan Rasul melebihi segala yang lain akan melahirkan rasa cinta kepada agama dan rela berjuang kerana mempertahankan Islam
- Zuhud... Kehidupan insan mukmin yang mengekang jiwa daripada segala rupa kesenangan hidup yang berlebihan dan meninggalkan perkara yang tidak baik.
- Sabar... Perasaan memujuk jiwa dan keimanan .Ia merangkumi sabar atas ketaatan dan juga sabar dalam menjauhi maksiat.
- Syukur... Bersyukur kepada Allah SWT atas nikmat kesihatan,rezeki,kemudahan hidup,kurniaan pancaindera dan sebagainya.
- Ikhlas Dan Benar... Untuk mencapai tingkat ikhlas ini,amat dituntut untuk mematahkan dorongan hawa nafsu dan kasih akan dunia.
- Tawakal... Tawakal ialah meletakkan pergantungan hanya kepada Allah S.W.T. setelah berazam .Seterusnya diikuti dengan usaha.
- Reda Dengan Qadak Allah. Segala ketentuan Allah sama ada baik atau buruk diterima dengan syukur atau sabar oleh insan mukmin.
- Mengingati Mati... Sepintar-pintar manusia ialah orang yang sentiasa mengingati mati serta disertai dengan usaha bagi menghadapinya,mereka itulah orang yang bijaksana.
Followers
Sunday 27 April 2014
10 Sifat-Sifat Mahmudah(Terpuji)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment