Waktu-waktu yang dianjurkan berdoa:
- Waktu pagi sebelum terbit matahari dan setelah selesai menunaikan solat subuh.
- Selepas setiap solat fardhu lima waktu.
- Antara solat zuhur.asar dan maghrib.
- Antara azan dan iqamat atau selepasnya.
- Ketika bangun tidur
- Selepas membaca tahiyat akhir sebelum salam.
- Ketika hendak masuk dan keluar masjid.
- Antara takbit solat hari raya.
- Dalam khutbah Jumaat.khutbah hari raya dan khutbah nikah.
- Ketika menziarahi makan Rasulullah saw di masjid Nabawi.
- Ketika melakukan sesuatu pekerjaan dan urusan penting.
- Ketika membaca qunut bagi solat subuh.
- Tiap-tiap kali mengadakan majlis dan upacara yang tidak berbentuk kemaksiatan dan kemungkaran.
- Ketika ditimpa kesulitan,gundah gulana dan rasa gelisah.
- Ketika berjumpa dengan sanak saudara dan sahabat handai yang lama berpisah.
- Ketika hujan turun.
- Ketika hendak memulakan solat dan sesudah mengerjakannya.
- Sepanjang malam,terutama sepertiga yang akhir dan waktu makan sahur.
- Ketika khatam Al-Quran 30 juzuk.
- Ketika sujud dalam solat khususnya pada sujud terakhir. Allah swt berfirman yang bermaksud: "DAN APABILA HAMBA-KU BERTANYA KEPADAMU MENGENAI-KU, SESUNGGUHNYAAKU TERLALU HAMPIR.AKU PERKENANKAN DOA ORANG YANG MEMINTA APABILA IA BERDOA KEPADA-KU. FIKIR-FIKIRKAN DAN SELAMAT BERAMAL...
No comments:
Post a Comment