Followers

Sunday 27 April 2014

Kisah Hikmah 1






Suatu hari ,aku berdakwah kepada ibuku,mengajaknya untuk menerima islam .Namun ,dia menolak ajakan ku dan mengeluarkan pernyataan yang buruk tentang nabi.Aku sangat sedih mendengar kata-katanya. Aku lantas menemui Rasulullah Saw dalam keadaan yang menangis dan mengadu kepada baginda.

"Wahai Rasulullah saw aku memujuk ibuku supaya menerima islam ,namun dia menolakku.Hari ini,dia berkata yang tidak baik tentang dirimu.Aku sangat sedih.Mohon lah kepada Allah swt supaya memberi hidayah kepada ibuku."

Rasulullah saw berkata ,"Ya Allah ,tunjukilah ibu Abu Hurairah."

Aku keluar dengan hati yang riang kerana doa nabi buat ibuku. Ketika aku pulang ke rumah, aku melihat pintu sudah terbuka .Ibuku mendengar dekap langkah kakiku dan berkata "tetap di situ ,Abu Hurairah."

Aku mendengar air bercucuran .Ibuku sedang mandi ,kemudian memakai pakaiannya serta menutup wajahnya ,kemudian datang ke pintu .Ibu berkata kepadaku."Wahai Abu Hurairah,asyhadu an laa ilaaha illallah wa asyhadu anna muhammadan abduhu warasuluh."

Mendengar itu,aku kembali menemui Rasulullah saw dengan menangis gembira .Aku berkata ,"wahai Rasulullah saw bergembiralah.Allah mengabulkan doamu dengan memberi hidayah kepada ibuku.

Rasulullah saw lalu memuji Allah dan menyanjungiNYA..Subhanallah...

(Hadis riwayat Muslim)

Fikir-Fikirkan Dan Selamat Beramal...

No comments:

Post a Comment